Salam sejahtera.
Pertama sekali saya harap anda sudah faham maksud asas hosting,domain,server dan sebagainya.Kalau anda rasa kurang pasti,topik ini mungkin kurang sesuai untuk anda.Sebenarnya panduan percuma ni adalah pandangan peribadi saya sahaja.
Buat masa ini memang terdapat banyak pengusaha web hosting di Malaysia dan luar Malaysia.Soalnya bagaimana kita hendak buat pilihan?Di sini saya huraikan beberapa tips memilih web hosting:-
Beli hosting untuk sekurang-kurangnya setahun
Pada pandangan saya,elok kita ambil web hosting yang memberi harga untuk setahun.Kita bayar sekali sahaja dan sehingga tamat tempoh.Maknanya kita keluarkan modal sekali untuk setahun.Saya tidak menggalakkan anda membeli hosting yang mengira berdasarkan bulan.Kebiasaannya jika anda beli hosting contohnya RM7.00 sebulan tetapi jika anda ambil 6 bulan, dikira RM5/bulan.Selepas tempoh 6 bulan tamat,anda perlu keluar modal sekali lagi untuk membelinya.Takkan anda hanya menjalankan bisnes internet sehingga 4 atau 6 bulan sahaja?mesti anda mahu kekalkan bisnes anda terutama domain yang biasanya anda beli sekali.
Fungsi standard web hosting
Saya menggalakkan anda mendaftar dengan web hosting yang mempunyai ciri-ciri standard.Contohnya fungsi CPanel.Sekiranya anda mempunyai masalah yang berkaitan,anda lebih mudah untuk mencari maklumat sendiri di internet.Sekiranya anda beli web hosting menggunakan sistem yang berlainan,mungkin tidak ramai yang menggunakannya dan lebih sukar untuk anda merujuk atau mencari panduan.CPanel amat sesuai bagi webmaster seperti saya yang tidak mahu membuang masa yang banyak untuk upload perisian standard seperti Wordpress,Mambo,Ticket system,Shopping cart dan banyak lagi.Dengan fungsi standard CPanel,anda perlu ikut beberapa langkah mudah dan anda boleh terus setup menggunakan wizard yang disediakan tanpa perlu upload terlebih dahulu.
customer support yang baik
Banyak web hosting membekalkan produk yang baik.Tetapi sejauh mana technical support syarikat tersebut?
Benda ni memang nampak simple tapi cuba bayangkan kalau anda mempunyai masalah dengan domain yang anda beli.Berapa lama anda perlu tunggu untuk mendapat bantuan?Tidak semua webmaster betul-betul mahir mengendalikan masalah teknikal.Dengan support yang baik,anda dapat menjimatkan masa anda untuk menyelesaikan masalah remeh-temeh seperti masalah installation.Saya galakkan anda membeli web hosting dari Malaysia kerana sekiranya anda kurang faham,lebih mudah untuk kita rujuk dan lebih mudah untuk mereka menerangkannya kepada anda.
web hosting yang menawarkan unlimited features
Dengan fungsi ini,anda tidak perlu risau sekiranya pengunjung web anda bertambah atau seberapa banyak fail yang anda muat turun atau muat naik.Anda tidak perlu risau berapa user yang anda boleh create,berapa email yang anda boleh setup,berapa email yang anda boleh buat forwarding,membuat seberapa banyak sub-domain dan banyak lagi.
Komunikasi server yang baik
Walaupun ianya sukar untuk ditentukan,tetapi tentu anda dapat membezakan antara web hosting yang baik atau tidak.Saya sendiri ada membuat perbandingan dengan dua syarikat dari Malaysia.Fail yang saya transfer adalah sama tetapi bila saya cuba untuk muat naik,speed yang saya dapati memang berbeza dengan web hosting yang satu lagi.Sebab itulah kalau boleh saya minta anda semua tanya pendapat rakan atau bertanya di forum tentang ciri-ciri web hosting yang sebutkan ini.
Web hosting terbaik?
Dengan tips yang saya sebutkan di atas,saya dapat web hosting yang menepati kesemua ciri di atas adalah NAMSAHAZ.Walaupun namanya tidak gah seperti web hosting seperti Yahoo, tetapi saya jamin anda mendapat apa yang sepatutnya seorang webmaster perlukan.Kenapa saya berkata begitu?
Ciri-ciri Web Hosting Namsahaz
1.Support yang pantas & bagus
Salah satu ciri yang paling penting bagi saya adalah support yang pantas.Saya sering bertanyakan soalan teknikal kepada customer support dari Namsahaz dan saya dapat respon yang segera.Kurang dari 24 jam mereka memberi jawapan.Kalau anda berasa kurang yakin,anda boleh mengajukan apa-apa soalan kepada mereka.Saya pasti mereka akan jawab dengan pantas.
Masalah saya
————
Kebiasaannya saya menggunakan internet di pejabat,tetapi saya dihalang untuk memasuki fungsi CPanel kerana configuration firewall di tempat saya.Saya menghubungi Namsahaz dan menyatakan masalah saya.Mereka dengan segera memberi pertolongan dengan menyediakan kemudahan kepada mengakses CPanel dengan cara yang lain.Saya amat berterima kasih kepada Namsahaz atas usaha dan pertolongan dari mereka.
2.FUngsi Unlimited Features
Anda tidak perlu bimbang lagi.Namsahaz ada jawapannya!
Untuk keterangan lanjut,sila klik sini
3.Fungsi standard web hosting
Namsahaz mempunyai ciri web hosting standard menggunakan CPanel.Sekiranya anda kurang mahir dengan CPanel,technical support Namsahaz sedia membantu anda.
4.Harga yang amat murah
Saya amat terkejut dengan serendah RM0.12 per MB.Pada masa dulu, saya memesan web hosting (100MB) dan domain PerisianPercuma.com dengan hanya RM52.00 sahaja untuk setahun. Sekarang, Namsahaz hanya menerima pesanan minimum 500MB dan anda juga dapat 100MB percuma! Ianya masih AMAT murah jika anda bandingkan hosting di tempat lain. Saya pernah membeli di web hosting lain di Malaysia dengan Web Hosting (40MB) dan domain .net dengan harga RM7x. Bayangkan betapa jimatnya saya.Saya akan terus membeli web hosting dari Namsahaz kerana memang berbaloi
5.Anda nilaikan sendiri
Ya!saya sudah menceritakan kepada anda tentang kelebihan web hosting Namsahaz.Terpulang kepada anda untuk membuat keputusan.Apa yang saya ceritakan adalah tentang apa yang saya telah alami sendiri.Jika anda ingin merasai kepuasan perkhidmatan seperti yang saya rasai,daftarlah Domain dan Hosting anda dengan Namsahaz sekarang!
4 Responses
titan
October 17th, 2006 at 4:30 am
1Em..terjawab jugak soalan aku..
mdpai
December 9th, 2006 at 6:46 am
2em tang takleh masuk cpanel sbb firewall tu, boleh kongsi solution dia?
» Blog Panduan Wordpress dilancarkan panduanwordpress.com:
February 22nd, 2007 at 3:39 am
3[...] Untuk memulakan blog dengan domain *.com sendiri, saya amat mengesyorkan anda mendaftar dengan hosting Namsahaz dengan serendah RM100.00 sahaja anda perlu bayar untuk tempoh setahun iaitu kira-kira? RM8.33 sebulan dengan kapasiti 500MB+ percuma 100MB, tiada had transfer data dan support yang baik. Anda boleh lihat post saya di blog berikut. [...]
danny
April 27th, 2007 at 9:53 am
4hallo.. saya danny .. saya ada masalah/ kurang paham prosedur nye cam ner nak buat web :
1. Domain dah ada. saya dah daftar…
2. maklumat yang nak dimasukan dalam web tu pun dah ada..
3. masalhnye sekarang aper step-step seterusnye..macam mana nak saya lakukan ….
bantu danny jer….
boleh saper2 berikan ilmu sikit …. ?
thanks..
ingin tahu… ingin belajr…
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply
Categories
Archives
Links
Meta
Recent Entries
Recent Comments
Most Commented
Blog Percuma.net is proudly powered by WordPress - BloggingPro theme by: DesignDisease