Baru-baru ni Gmail telah membuka keahliannya kepada umum. Sebelum ni sesiapa yang ingin mendaftar perlu memasukkan nombor telefon ataupun melalui invitation sahaja. Kepada yang tak dapat tu elok la cuba gmail ni. Saya memang suka gmail ni kalau nak compare dengan email lain sebab loading email ni memang cepat. Lagi satu kalau nak buat bisnes, memang senang nak track dengan pelbagai fungsi menarik. Antara yang saya suka ialah penggunaan label menggantikan folder bagi email jenis yang lain. Label juga lebih kepada tagging dimana anda boleh meletakkan lebih dari satu label pada email.

Pada waktu saya menaip ni, saiz email ini adalah kira-kira 2.8GB. Saiz yang sangat besar untuk anda menyimpan email. Memang ada email yang menawarkan saiz yang lebih besar tetapi fungsinya agak kurang menarik. Dengan Gmail juga anda boleh chat dengan rakan yang menggunakan email yang sama. Jadi, tak perlu nak install perisian macam Yahoo Msg untuk berchatting.

Kepada yang ada domain *.com sendiri, boleh juga menggunakan email Gmail dengan setting pada email ni. Tak perlu lagi hantar melalui email web-based cpanel atau mail2web.com. Mungkin di masa akan datang saya akan tunjukkan langkah demi langkah macam mana saya lakukannya kepada yang masih samar-samar lagi.

Ok la kepada yang tak mencuba lagi tu, silakanlah…

logogmail.gif