Baru-baru ni Gmail telah membuka keahliannya kepada umum. Sebelum ni sesiapa yang ingin mendaftar perlu memasukkan nombor telefon ataupun melalui invitation sahaja. Kepada yang tak dapat tu elok la cuba gmail ni. Saya memang suka gmail ni kalau nak compare dengan email lain sebab loading email ni memang cepat. Lagi satu kalau nak buat bisnes, memang senang nak track dengan pelbagai fungsi menarik. Antara yang saya suka ialah penggunaan label menggantikan folder bagi email jenis yang lain. Label juga lebih kepada tagging dimana anda boleh meletakkan lebih dari satu label pada email.
Pada waktu saya menaip ni, saiz email ini adalah kira-kira 2.8GB. Saiz yang sangat besar untuk anda menyimpan email. Memang ada email yang menawarkan saiz yang lebih besar tetapi fungsinya agak kurang menarik. Dengan Gmail juga anda boleh chat dengan rakan yang menggunakan email yang sama. Jadi, tak perlu nak install perisian macam Yahoo Msg untuk berchatting.
Kepada yang ada domain *.com sendiri, boleh juga menggunakan email Gmail dengan setting pada email ni. Tak perlu lagi hantar melalui email web-based cpanel atau mail2web.com. Mungkin di masa akan datang saya akan tunjukkan langkah demi langkah macam mana saya lakukannya kepada yang masih samar-samar lagi.
Ok la kepada yang tak mencuba lagi tu, silakanlah…
3 Responses
alongovtx
March 1st, 2007 at 5:28 pm
1Pengaruh yahoo masih kuat lagi kot…terutama grouping yang dah establish.Dah terbuka kepada umum sekarang ni,mesti ada pecahan.Tak banyak sikit.Loading gmail memang tak di nafikan lebih pantas,& merupakan daya penarik utama untuk bertukar.Pasni bertambah la email IM malaysia & juga pengguna email percuma.
kaizen
May 24th, 2007 at 3:21 am
2macam mana kita nak tukar ikut nama .com kita.saya try explore tapi tak jumpa r
Azahari
May 25th, 2007 at 2:44 am
3Secara mudahnya camni..
1. set forward kepada Cpanel alamat email gmail kita
2. Pada gmail (Send mail as:) pergi ke setting > Accounts > Add another email address
3. Set email kita contoh info@percuma.net
4. Verify your email address — dia akan hantar verification code pada email kita..
so, buka email guna cpanel lepas tu klik pada link dia beri tu… ok dah boleh hantar guna email *com tu..
p/s: nanti saya buat satu post khas tentang ni..
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply
Categories
Archives
Links
Meta