Sebenarnya saya nak komen post yang saudara Zul tulis dalam blog beliau di sini. Minta maaf ye Zul..bukan tanak komen tapi rasa tak puas, nak jugak tulis di blog sendiri..hehe boleh tak? Sebenarnya saya pun menghadapi masalah yang lebih kurang sama. Walaupun saya tidak menggunakan servis sebagai sumber pendapatan saya, tapi hal yang sama berlaku.
CD Perisian Terbuka yang saya jual hanya RM10 tapi pelanggan bertanya macam CD berharga RM20.00. Penat juga nak layan tambah pula melalui SMS. Mula-mula tu ingatkan tanya sikit je, saya pun tak kisah la..tapi makin lama layan makin banyak pulak yang ditanya. Rasanya macam tak balik modal reply SMS je. Dah la lain network pulak tu..hehe.. Saya memang agak baru juga bidang perniagaan internet & pengalaman sebegini memang saya ingat sampai bila-bila. Lepas ni kalau nak tanya melalui SMS saya akan layan hanya masalah berkaitan CD tersebut, atau masalah download file ebook dsb.
Kalau nak layan semua soalan saya tak kisah, tapi bila melibatkan kos tu yang saya rasa ralat sikit.Kalau setakat email tu takde masalah sangat sebab saya memang biasa membalas email pelanggan. Saya bukan lepas tangan apabila menjual sesuatu produk, tetapi contohnya CD Perisian Terbuka harga cuma RM10. Kalau nak ikutkan harga perisian seperti Microsoft Frontpage dah berapa ratus / ribu RM diorang perlu keluarkan. Bila kita dah guna perisian percuma ni, kita sendiri kenalah rajin-rajin explore sikit. Tak boleh la mengharap bantuan macam beli perisian berharga ribuan ringgit. Kadang-kadang memang remeh bila orang bertanya macam mana nak buat web, FTP tu apa?NVU tu macam mana guna? dan banyak lagi soalan sedangkan soalan tu boleh kita jawab sendiri dengan buat carian di forum, google, yahoo dan banyak lagi sumber.
Saya tahu ramai yang nak cepat belajar membuat web tetapi sampai bila kita perlu mengharap bantuan?Kalau belajar sendiri, lebih banyak yang kita tahu perkara baru setiap hari. Kalau nak tanya soalan tu saya harap biarlah lebih advance iaitu buat carian terlebih dahulu, mendaftar diri di forum dan bertanya rakan-rakan di forum. Kalau dah buat semua tu tak boleh, baru tanya saya. Lagi pun saya jual perisian tersebut bukan dengan support. Tapi saya beri support juga kepada yang bertanya selagi saya mampu reply email yang saya terima.
Apapun, saya harap orang yang bertanya tidak putus harapan. Teruskan usaha anda dan saya doakan anda berjaya. Ada pandangan rakan-rakan sekalian?
Harap dapat tinggalkan komen
6 Responses
smartzul
March 26th, 2007 at 9:41 am
1Hehe, Azahari, sudah tiba masanya naikkan harga, dan nyatakan polisi perniagaan. Bila masa client boleh call atau SMS, hal-hal apa yang perlu ditanya, apa sahaja skop support kita & lain2 yg berkaitan. Tu semua kena bagitahu awal2. Letakkan dalam terma dan perjanjian sebagai contohnya. Atau kalau rajin, buat ruangan FAQ. Kalau ada yg tanya soalan sama, bagi je URL FAQ, suruh mereka rujuk di sana.
Sebenarnya, harga murah memang satu strategi, tapi bagi saya ia hanya untuk permulaan sahaja, tapi tidak untuk selamanya. Saya ada sebab kenapa saya letak harga RM50 untuk ebook saya. Bermula dengan harga RM37, kemudian RM42 dan kemudian RM45. After that, saya naikkan lagi kepada RM50.
Terbukti, walau semakin naik harganya, pembeli tetap ada. Kita nak bagi support pun sedap, pembeli pun puas hati. Sama-sama puas hati. Bagi saya, harga murah hanya strategi, TAPI yang the best & terbaik adalah harga yang BERPATUTAN iaitu harga yg PATUT kita letak.
Soal harga ni amat penting untuk kita faham, tak boleh main letak. Juga, memang banyak cerita pasal harga ni. Just one word iaitu HARGA, tapi itulah yg akan tentukan hasilnya (emosi kita, kepuasan hati kita, keuntungan, berbaloi ke tak, dan lain2 aspek).
juga perlu kita faham, kita adalah usahawan ‘one man show’, semua buat sorang diri. Lain dengan penerbit atau syarikat gergasi, mereka ada modal besar, ada staf, ada bahagian masing2, that why mereka tak ada masalah letak harga murah2.
Kepada Azahari, saya rasa fikirkan yg terbaik untuk harga.
PS. Teringat dulu2 masa saya jual CD Linux, RM5 sekeping. Tapi ia hanya tujuan jangka pendek. Dan tujuan itu tercapai.
PerisianPercuma
March 29th, 2007 at 2:44 am
2Betul cakap Zul tu…kena nyatakan polisi perniagaan.Sebenarnya saya tak kisah sangat sebelum ni, tapi bila dah jadi camni memang nak buat. Pasal harga naik tetap ada pembeli memang saya tak nafikan. Saya tengok pelanggan makin bertambah pulak dan bukan berkurang walaupun harga saya naikkan sedikit.
mEsoL
March 29th, 2007 at 4:49 pm
3Azahari, aku rasa better ko update cd tu ikut version. For example. OpenOffice skrang dah 2.2, Firefox dah 2.0.3, so, ko update la kat cd ko tu jadi version let say 1.1 and then state changelog apa yang ko dh buat.
Aku nie gila version sket, xbleh tgk versi baru, nak je dload.
walikard
April 20th, 2007 at 10:34 am
4Betul, kita tak boleh terus-menerus di “spoon feed” kan. Kalau tidak, sampai bila-bila kita berada di takuk lama…saya dapat banyak manfaat dari cd perisian percuma yang saya beli dari saudara tu. La ni, dah banyaklah software saya yang legal
No more pirated software
(From Low Yat?)
Badruzamani Bin Azmi
April 23rd, 2007 at 3:30 am
5Salam, Azahari,
Bila saya tengok wajah anda, saya macam teringat seseorang. Wajah anda macam seseorang yang saya kenali tetapi nama dia lain.
Saya pun biasa kena macam anda. Terpaksa menjawab pertanyaan klient. Mungkin sudah masanya anda pakai Skype, YM, contact form dan sebagainya sahaja.
Dulu saya meletak segala maklumat cara nak hubungi saya di laman web dan blog saya, tetapi ada yang menyalah gunakan alamat dan nombor telefon saya tu. Nanti, saya nak buang dan letak contact form aja. Kalau mereka nak berbual untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya akan bagi nama kat YM dan Skype sahaja. Jimat tak ?
Banyak yang perlu dibelanjakan. 
Kos? Memang perlu diambil kira setiap bulan. Berniaga apa kalau pendapatan tolak dengan pembelanjaan penyelenggaraan, keuntungan tiada… Memang sedih kalau macam tu…. Tambah pula kalau ‘berpenyakit’ macam saya
Good luck…
raduan
May 22nd, 2007 at 3:15 pm
6Assalaamualaikum.
Saudara Azahari,
Bila saya terbaca Artikel ni terasa macam ditujukan kepada saya lak.Almaklumlah saya baru je nak bermula tentulah banyak yang tak tahu dari yang tahu,fasal nak keforum tu jauh lah jawabnya sebabnya masa pun takde jadi sms le cara yang terbaik .kalau Sdr Azahari terasa rugi saya minta maaflah dan terima kasih banyak banyaklah kerana sudi melayan kerenah saya selama ini .
terima kasih
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply
Categories
Archives
Links
Meta
Recent Entries
Recent Comments
Most Commented
Blog Percuma.net is proudly powered by WordPress - BloggingPro theme by: DesignDisease