Sibuk saya beberapa hari lepas sebab terpaksa tukar hosting dan menjaga anak-anak kembar saya di rumah. Kalau ada yang perasan, beberapa hari lepas tak boleh masuk ke blog dan juga website saya. Sebenarnya saya baru je bertukar rumah. Eh! bukan rumah banglo ke apa…tapi bertukar hosting. Sebelum ni saiz hosting saya cuma kira-kira 40MB sahaja. Bila dah pindah ke hosting baru ni rasa lega skit sebab saya dapat 500MB+100MB (free).
Memindahkan hosting ni memang perlukan kesabaran. Saya pun tak tahu rupanya memang rumit nak berpindah. Samalah jugak kalau kita pindah rumah kan?nak kena angkut barang, kemas barang dsb. Samalah jugak dengan hosting ni. Nasib baik ada Namsahaz tolong saya punggah barang..hehe.. Sebenarnya saya dah buat backup awal dengan masuk ke cpanel dan buat backup. Tapi entah macam-mana file saya corrupt. Pihak Namsahaz bersetuju menolong saya untuk membuat backup dan terus restore file saya di hosting yang baru. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana banyak membantu.
Setakat ini Namsahaz belum pernah mengecewakan saya.Rasanya dah berpuluh soalan saya tanya dan semua dijawab dengan AMAT friendly sekali. Itu yang saya suka hosting dengan Namsahaz ni. Nak pindah domain rupanya ambil masa juga lebih kurang seminggu sebab kena buat pemindahan. Saya kena minta Domain Transfer Secret dari penyedia hosting sebelum ni dan beri kepada hosting baru. Selepas tu kena tunggu lebih kurang seminggu untuk diselesaikan. Bila dah transfer, setkan je path yang baru dan hosting baru terus boleh digunakan. Cuma perlu restore balik file yang telah dibuat backup tadi. Oh ya sebelum terlupa, masa kita transfer domain ni secara automatik kita kena renew setahun lagi (betulkan kalau saya salah). So, get ready la $$$ hehehe… Domain saya ni memang nak expired sebab itu saya terus tukar hosting sekali.
Itulah serba sedikit pengalaman saya membuat pemindahan hosting. Pihak Namsahaz tidak mengenakan caj tambahan pun untuk pemindahan domain. Saya cuma bayar seperti di dalam web tu je. Takde caj tersembunyi pun. Dah la tolong pindahkan file lagi. Memang best la.. kalau boleh bagi rate, saya bagi 10 / 10. Kalau yang masih tak dapatkan hosting tu, saya amat syorkan. Saya suka Namsahaz ni sebab support dia memang tip-top. Kalau anda berminat, bolehlah dapatkan sekarang. Sila Klik Di Sini
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply