Koleksi Ebook Super Mega v1.5 merupakan koleksi lebih 40 buah ebook yang berkaitan dengan Perniagaan Internet dari A-Z. Kesemua ebook ini adalah hasil dari tulisan usahawan internet kita yang termasyhur seperti Saifulsham, SmartZul, Shuth, Raja Adsense, Zamri Nayan, dan ramai lagi nama-nama yang tersohor dan tidak asing lagi dalam dunia ebiz ini. Semua ebook ini adalah percuma dan dikumpulkan dalam satu koleksi untuk diberikan secara percuma juga.

super mega

Koleksi ini bertujuan untuk memudahkan anda yang berminat menceburkan diri dalam dunia Perniagaan Internet, membuat rujukan atau menimba ilmu terlebih dahulu. Koleksi SUPER MEGA ini amat sesuai bagi Newbie kerana ebook-ebook yang terkandung di dalamnya menyentuh pelbagai topik. Antara topik yang menarik adalah:-

  • apa itu web hosting
  • asas penting dalam ebiz
  • panduan mengaktif Paypal
  • panduan ebay
  • petua pengiklanan berkesan
  • Panduan memohon kad debit
  • tips menawan pelanggan
  • 7 blogger dan banyak lagi.

Koleksi ini amat bermanfaat bagi anda yang ingin mendalami ilmu perniagaan internet sebelum melangkahkan kaki ke dunia ebiz ini. Bagi yang berminat bolehlah Klik Di Sini dan mendapatkannya di sana.