Penantian saya selama hampir setahun untuk mendapatkan access internet di rumah akhirnya tercapai juga. Saya berasa begitu seronok sekali bila dah dapat access di rumah. Kalau sebelum ni saya hanya mengharapkan internet di pejabat. Sebenarnya banyak sangat halangan yang membuatkan saya melanggan broadband ni. Antaranya kerana tak boleh kesukaran untuk upload dan download file. Itu sebenarnya satu kemestian pada saya apabila memulakan perniagaan internet. Ada juga laman web tertentu seperti Gobala Krishnan juga tidak dapat saya access dan juga beberapa website lain.
Pada 29 Jun 2007, saya telah dapat access broadband. Tapi saya tak menggunakan Streamyx, tetepi Maxis Wireless Broadband. Oleh kerana saya belum lagi membeli notebook, jadi saya mengambil pakej Wireless 384kbps dan dibekalkan High-speed modem oleh Maxis. Kalau nak kata laju sangat tidaklah jugak. Tapi yang penting ianya wireless dan tidak terputus seperti dial-up connection Kalau nak beli datacard pula tak berbaloi sebab harga terlalu mahal dan saya tidak menggunakan notebook pun. Tambahan pula yuran langganan adalah RM120. Pakej yang saya ambil ni saya cuma perlu bayar RM68 setiap bulan. Kalau saya beli modem dari Maxis ni RM299 dan saya cuma bayar RM50 je sebulan.
Bagi yang duduk di Lembah Kelang tu saya amat syorkan. Tetapi tidak semua tempat yang dapat. Kalau nak tengok pakej yang saya ambil tu, boleh Klik Di Sini. Ok lah kalau sudi tu tinggalkanlah komen ![]()
p/s: Oleh sebab sudah ada internet di rumah, kalau ada sesiapa yang ingin membina blog tetapi agak sukar melakukannya sendiri, boleh hubungi saya di sini. Kalau nak beli ebook untuk buat blog Klik Di Sini.
10 Responses
nuaim
July 3rd, 2007 at 1:31 pm
1tahniah abg…hehehe..nampaknya dah dapat la penyelesaian abg tu..tahniah dan alhamdulillah…
utk pengetahuan abg, nset saya memang tak dpt guna dah sejak seminggu yang lalu..rosak..hahaha..so, memang tak dpt nak dihubungi la…
shuth
July 3rd, 2007 at 3:59 pm
2So.. macam mana? laju tak? awak duk mana yer? lembah klang?
Azahari
July 4th, 2007 at 5:33 am
3So far laju jugak..member saya pakai streamyx nak terminate streamyx 1MB dia sebab dia cakap maxis ni lagi laju walaupun dia ambik pakej 384k macam saya ni. Itu saya sendiri tak tau la tapi itu apa yang saya dengar dari member. Saya dah try download open source CD hari tu ambil masa lebih kurang 4 jam jugak la untuk 700MB. ok la kot?
Bagi yang guna torrent tu, memang masalah sikit la sebab dia cuma bukak line untuk torrent pukul 1.00AM sampai 6.00AM je… tapi saya tak biasa sangat / tak pakai sangat pakai torrent ni.. so takde effect la sangat.
Saya duduk di Ampang je… jangan confuse pulak kalau alamat saya di Kedah..itu alamat bisnes je..hehehe…
Noorizam Shah
July 4th, 2007 at 7:19 am
4sekarang nih saya guna data card je kat rumah.. nak guna streamyx ada yang cakap kat tempat saya tak ada lagi.. kalau area KL 3G senang dapat ker?
Percuma.net
July 4th, 2007 at 7:39 am
5saya pun tak pasti sebab tak pernah bawak pergi mana-mana lagi..kalau handset tu 3G ok lah.. tapi saya pakai 3G handset guna Celcom. Hari tu try jugak bawak balik Rawang modem wireless ni… dapat jugak line…tapi agak slow jugak. Kalau datacard rasanya lagi bagus kalau area KL ni…
nuaim
July 4th, 2007 at 12:33 pm
6Pd pendapat sy yang daif ni..hehehe..saya ada masuk satu forum dan ada bincang ttg datacard and wireless ni..
tak ingat dah la apa urlnya…
pilihan alterfnatif selain streamyx ialah maxis 3G, Celcom 3G dan EDGE DIGI..
so far, dari bro sham rajaads, dia cakap DIGI ni ok..but…make sure yang data card tu boleh utk EDGE..saya dah tengok harga langganan..boleh tahan..
bagi CELCOM 3G, abis2an diorang kutuk sebab lembab..
MAXIS 3G pula okay…cuma, cuma coverage dia tak seluas CELCOM le….
hehehe…
Tetapi, bagi yang berminat dgn EDGE DiGi, data card agak mahal, so lebih baik guna nset 3G yang utk connect semua talian internet..
ada pendapat lain?
Percuma.net
July 4th, 2007 at 10:56 pm
7Betul cakap naim tu..abg pun dapat tau dari forum jugak. Ramai jugak cakap celcom 3G tak bagus walaupun coverage banyak. Skarang ni dah ada datacard USB…best tu boleh guna kat pc jugak… tapi abg kena tunggu dulu la.. dapatkan notebook dulu…hehe…
enset yang mana rosak tu naim? enset 3G tu ke ?
nuaim
July 5th, 2007 at 1:12 pm
8nset 3G tak la..hehehe..tapi nset yang tak 3G..
kitchen aid small appliance part
February 12th, 2008 at 1:22 pm
9Housing crisis hurting job recruiting…
Housing crisis hurting job recruitingQuad City Times, IA -2 hours agoThose services can range for help paying for a moving truck for…
chicago government jobs
February 12th, 2008 at 10:35 pm
10Naming rights get pricier; Chicago’s…
Naming rights get pricier; Chicago’s Wrigley could be on lineKankakee Daily Journal, IL -21 hours agoNext up, the Chicago Cubs, as its…
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply
Categories
Archives
Links
Meta
Recent Entries
Recent Comments
Most Commented
Blog Percuma.net is proudly powered by WordPress - BloggingPro theme by: DesignDisease