Katakan anda ada banyak file yang perlu download tetapi perlu save kesemuanya. Tentu letih leceh tambahan pula kalau ada file yang terlalu banyak. Baru-baru ni saya ada dapat beli koleksi ebook yang sangat banyak. Isk..kalau macam ni nak klik dan save, dari pagi sampai petang pun tak habis. Walaupun saya ada gunakan perisian download manager FlashGet, tapi kerja klik tetap saya akan lakukan secara manual. Takde cara senang ke?

FlashGot merupakan Firefox download manager integration bagi memudahkan kita untuk download file terutama bila file yang perlu di download terlau banyak. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah install Add-ons ini pada Firefox. Selepas install, anda perlu right click dan pilih “FlashGot All” dan tidak lama selepas itu akan ada paparan untuk kita save pada download manager kita.
Ianya hanya untuk firefox je. Kalau ada browser lain tu saya tak boleh nak cakap la. Bila dah restart browser Firefox icon FlashGot akan ada.Tetapi diingatkan yang anda mestilah telah ada download manager untuk menggunakan FlashGot kerana FlashGot bukan perisian download manager tetapi hanyalah membantu download manager untuk mendapatkan link muat turun dengan mudah dan betul.
Anda tak perlu risau kerana FlashGot boleh digunakan pada kebanyakan download manager yang popular. Antaranya adalah BitComet, Download Accelerator Plus, FlashGet, Free Download Manager, Fresh Download, GetRight, GigaGet, HiDownload dan banyak lagi. Kalau nak di senaraikan di sini panjang sangat pula. Ok kepada yang belum memasangnya pada Firefox anda bolehlah dapatkannya di sini.
Kepada yang telah menggunakannya atau baru nak mencuba boleh la tinggalkan komen. Saya nak juga tahu macam mana pandangan anda tentang add-ons ini.
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply