Baru-baru ni saya mendapat tawaran menarik dari saudara e-fun (nickname di WangCyber.com) dari eCoverApple  untuk merekabentuk logo bercirikan web 2.0. Harga yang ditawarkan amat menarik iaitu RM15 sahaja. Jimat betul saya untuk logo ni.Kalau sebelum ni saya buat sendiri logo, kali ni saya tidak lepaskan peluang untuk mengupah designer seperti saudara e-fun ni dengan kos yang amat rendah. Bisanya kalau nak upah pun paling tidak RM50 untuk logo sahaja.

Logo yang anda lihat di atas adalah hasilnya setelah beberapa pindaan dan perbincangan dengan saudara e-fun.Seronok betul saya sebab dah ada logo bercirikan web 2.0 ni.Kalau nak buat sendiri tentu tak cantik macam ni.Terima kasih saya ucapkan kepada saudara e-fun kerana merekabentuk logo saya.Selepas ini saya akan cuba masukkan logo ini ke dalam themes wordpress yang saya gunakan sekarang.

Saya juga ucapkan good luck pada saudara e-fun untuk pertandingan Minisite Wars. Bukan calang-calang orang nak masuk ke pertandingan tu. Kalau ada yang nak buat tempahan tu, boleh hubungi saudara e-fun di eCoverApple. Tapi mungkin anda tak dapat harga istimewa seperti yang ditawarkan sebab ianya adalah terhad.

Ada komen tak tentang logo tu?