Sebenarnya sebelum saya mula nak surfing internet hari ni, saya bercadang nak buang temporary internet files dan bermacam lagi files temporary yang melembabkan PC saya. Maklum je lah PC pun dah lama. Saya pun buka perisian favourite saya CCleaner. Bila buka je terus dia cakap ada version terbaru. Oh, lama saya tak update rupanya. Saya pun terus download dari link yang diberi.

Bila saya download je terus pula buka website filehippo.com. Bila saya belek-belek rupanya banyak lagi perisian yang disenaraikan di situ. Ada yang open source dan ada juga yang free software. Yang menariknya dalam website filehippo.com adalah penyusunan perisian mengikut kategori. Terdapat lebih 18 kategori yang dipaparkan. Kebanyakan perisian yang disenaraikan telah saya gunakan. Ia juga menyenaraikan perisian yang mengeluarkan versi terkini di sebelah atas untuk memudahkan kita melihatnya.
Kepada yang masih tercari-cari perisian untuk dimuatkan dalam komputer anda, anda boleh lawati www.filehippo.com.
p/s: Sekiranya anda ingin perisian percuma dan sumber terbuka, apa kata dapatkan CD Perisian Terbuka dari www.perisianpercuma.com
2 Responses
Abooain
August 3rd, 2007 at 6:30 am
1Perisian CCleaner ni merupakan salah satu dari tiga perisian utama yang wajib saya install dalam pc saya. Sememangnya perisian CCleaner melakukan kerjanya dengan baik dan memuaskan hati ….. lebih-lebih lagi ia diberikan secara percuma.
Terima Kasih Azhari di atas info http://www.filehippo tersebut ….
Percuma.net
August 3rd, 2007 at 6:36 am
2Ingatkan saya je yang guna CCleaner ni… Abooain sebut ada 3 perisian utama.. apa yang dua lagi tu? mungkin saya boleh cuba lepas ni..
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply
Categories
Archives
Links
Meta