Beberapa bulan sebelum ni, saya kadang-kadang tersilap menaip setiap kali saya nak mengunjungi Stacounter.com. Biasanya saya akan menaip juga counterstat.com. Beberapa minggu lepas, saya dah lama tak taip benda yang sama. Bila hari ni saya taip, tengok-tengok website Counterstat bukan lagi pergi ke web statcounter tetapi ke web Site Meter. Saya tak pasti mungkin ada penggabungan ataupun pembelian domain tersebut. Tapi apa yang boleh saya katakan di sini ianya memberi saya alternatif untuk mendapatkan statistik pelawat untuk website saya.

website counter

Mungkin website Sitemeter ni baru je dilancarkan dan sebab itu juga tiada Page Rank. Saya akan cuba menggunakan website baru ini untuk website saya akan datang. Ok kepada yang tak sempat lawati tu, boleh klik di sini. Sekiranya anda memulakan perniagaan internet dan masih tidak menggunakan website statistik, adalah amat digalakkan untuk mendapatkannya samada yang percuma ataupun berbayar.