10
Sep
Posted by Percuma.net as Percuma
Pada tarikh ini (11 September 2007) ,maka genaplah setahun saya sebagai usahawan internet separuh masa dan juga tarikh hari jadi saya yang ke 28.
Jika Alang menyatakan di blog beliau tentang apa yang telah dicapai pada 2 tahun setelah berkerja sepenuh masa hanya di rumah, maka saya pula akan senaraikan apa yang saya capai dalam tempoh 1 tahun dalam perniagaan internet sebagai usahawan Internet separuh masa.
- 1 tahun dulu saya mempunyai hanya website percuma, tapi sekarang saya ada 8 domain name. Malangnya tidak semua saya gunakan
- 1 tahun dulu saya begitu takut mendedahkan identiti di internet, tapi sekarang saya bersifat lebih terbuka
- 1 tahun dulu saya tak yakin perniagaan internet boleh menjana pendapatan, tapi saya telah buktikannya dan saya cuma jual perisian yang percuma tapi masih boleh menjana pendapatan.
- 1 tahun dulu saya tidak tahu banyak cara menjana pendapatan dari internet, tapi sekarang saya sudah tahu rupanya banyak cara untuk menambahkan pendapatan dari internet
- 1 tahun dulu saya design website PerisianPercuma.com / percuma.net sendiri, tapi sekarang saya sudah mengupah designer untuk kerja-kerja tersebut.
- 1 tahun dulu saya cuma membeli hosting dari Malaysia, tapi sekarang saya sudah membeli hosting dari luar negara.
- 1 tahun dulu saya tak tahu pun makna blog, tapi sekarang saya tahu apa itu blog dan betapa mudahnya buat blog dengan Wordpress.
- 1 tahun dulu saya menghabiskan masa lebih 10 jam sehari melayari internet tapi sekarang saya tahu betapa berharganya masa saya dan saya boleh menggunakan masa tersebut untuk mengembangkan perniagaan internet saya
- 1 tahun dulu saya tidak mempunyai autoresponder berbayar, tapi sekarang saya sudah ada cuma belum dilancarkan lagi sahaja
- 1 tahun dulu saya tidak memmpunyai anak, tetapi Alhamdulillah kini terus dapat 2 sekali.. (anak kembar).
Sebenarnya ada banyak juga peracangan yang saya lakukan tetapi tidak berjaya dijalankan atas sebab tertentu.InsyaAllah semoga saya berupaya menyambung projek saya tersebut.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada insan-insan berikut yang telah membantu samada secara langsung ataupun tidak
- Saudara Naem pelanggan saya dan juga rakan internet yang saya kagumi (wah naem makin masyuk skarang ni)
- Saudara Alang yang banyak memberi tunjuk ajar di blog beliau.
- Saudara Zul Smartusaha atas motivasi di blog beliau
- saudara Shuth untuk pembelian hosting berbayar pertama
- saudara Abooain rakan JV dan juga rakan internet
- Saudara Mustahing rakan JV dan juga rakan internet
- Saudara Amirul yang banyak berahsia (dah takde rahsia dah…hehehe)
- Saudara Zhafran yang merekabentuk website PerisianPercuma versi terkini
- Saudara Irfan (bakal Irfan Khairi?) untuk design logo percuma.net
Lain-lain rakan yang saya tidak senaraikan di sini. Maaf bukan tak ingat, tapi banyak sangat pulak 
Tanpa rakan-rakan sekalian, saya mungkin tidak akan sampai ke tahap ini.Saya tidak katakan saya bangga dengan pencapaian saya tetapi adalah lebih baik dari saya membazir masa lebih 10 jam sehari mengadap komputer tanpa berbuat apa-apa.Saya juga masih perlu belajar banyak perkara dan saya harap mendapat bimbingan dari anda sekalian.Doakan kejayaan saya yang akan mendatang.
Amin.
p/s: tawaran istimewa sistemRahsia masih berjalan…. [Klik Di Sini] Untuk keterangan lanjut

Azahari Waid
5 Responses
Fai
September 10th, 2007 at 5:09 pm
1Selamat Hari Lahir..
Semoga panjang umur dan murah rezeki slalu..

PS: Slamat Menyambut Ramadhan jugak..
Muhammad Muaz
September 11th, 2007 at 7:41 am
2Wow, dapat kembar sekali yerk.
Fai dah kuar !
Badruzamani Azmi
September 11th, 2007 at 8:43 am
3Tahniah… semoga rezeki awak bertambah. Saya pula baru nak dirikan rumah tangga tahun depan…. Insyaallah… Doakan semoga saya selamat dan bahagia nanti. Tengok pada jodoh dan ketentuan-Nya la nanti.
Jadi, sekarang kena buat simpanan untuk berkahwin nanti.
p/s - Nak masuk 32 tahun baru kahwin… :)) Tapi, jangan cerita kat orang tau. Syyyhhhh…. Kat pelawat blog awak tak apa la…
Percuma.net
September 11th, 2007 at 2:36 pm
4Terima kasih yang sudi tinggalkan komen… saya sebenarnya satu hari sakan jalan-jalan dengan wife… anak tinggal kat rumah org jaga.. dah lama tak keluar jalan-jalan berdua sambil ambik angin…cewah…. hehe
@Bro Fai - Apa khabar sekarang? lama tak dengar berita terkini dari bro
@Bro Muaz - ya…itulah rezeki.. masa tahun pertama kawin takde anak lagi..lepas tu sekali dapat dua pulak tu…hehe…syukur
@Bro Zamani - tahniah…syukur dipertemukan jodoh… wah ni mesti baca Maskahwin yang hilang ni…hehe…
kita
September 16th, 2007 at 2:26 pm
5wah…tahniah atas kejayaan…harap beri tunjuk ajar….ee seronoknya ada anak gembar tahniah
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply
Categories
Archives
Links
Meta
Recent Entries
Recent Comments
Most Commented
Blog Percuma.net is proudly powered by WordPress - BloggingPro theme by: DesignDisease