Pada tarikh ini (11 September 2007) ,maka genaplah setahun saya sebagai usahawan internet separuh masa dan juga tarikh hari jadi saya yang ke 28.

Jika Alang menyatakan di blog beliau tentang apa yang telah dicapai pada 2 tahun setelah berkerja sepenuh masa hanya di rumah, maka saya pula akan senaraikan apa yang saya capai dalam tempoh 1 tahun dalam perniagaan internet sebagai usahawan Internet separuh masa.

  • 1 tahun dulu saya mempunyai hanya website percuma, tapi sekarang saya ada 8 domain name. Malangnya tidak semua saya gunakan
  • 1 tahun dulu saya begitu takut mendedahkan identiti di internet, tapi sekarang saya bersifat lebih terbuka
  • 1 tahun dulu saya tak yakin perniagaan internet boleh menjana pendapatan, tapi saya telah buktikannya dan saya cuma jual perisian yang percuma tapi masih boleh menjana pendapatan.
  • 1 tahun dulu saya tidak tahu banyak cara menjana pendapatan dari internet, tapi sekarang saya sudah tahu rupanya banyak cara untuk menambahkan pendapatan dari internet
  • 1 tahun dulu saya design website PerisianPercuma.com / percuma.net sendiri, tapi sekarang saya sudah mengupah designer untuk kerja-kerja tersebut.
  • 1 tahun dulu saya cuma membeli hosting dari Malaysia, tapi sekarang saya sudah membeli hosting dari luar negara.
  • 1 tahun dulu saya tak tahu pun makna blog, tapi sekarang saya tahu apa itu blog dan betapa mudahnya buat blog dengan Wordpress.
  • 1 tahun dulu saya menghabiskan masa lebih 10 jam sehari melayari internet tapi sekarang saya tahu betapa berharganya masa saya dan saya boleh menggunakan masa tersebut untuk mengembangkan perniagaan internet saya
  • 1 tahun dulu saya tidak mempunyai autoresponder berbayar, tapi sekarang saya sudah ada cuma belum dilancarkan lagi sahaja
  • 1 tahun dulu saya tidak memmpunyai anak, tetapi Alhamdulillah kini terus dapat 2 sekali.. (anak kembar).

Sebenarnya ada banyak juga peracangan yang saya lakukan tetapi tidak berjaya dijalankan atas sebab tertentu.InsyaAllah semoga saya berupaya menyambung projek saya tersebut.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada insan-insan berikut yang telah membantu samada secara langsung ataupun tidak

  • Saudara Naem pelanggan saya dan juga rakan internet yang saya kagumi (wah naem makin masyuk skarang ni)
  • Saudara Alang yang banyak memberi tunjuk ajar di blog beliau.
  • Saudara Zul Smartusaha atas motivasi di blog beliau
  • saudara Shuth untuk pembelian hosting berbayar pertama
  • saudara Abooain rakan JV dan juga rakan internet
  • Saudara Mustahing rakan JV dan juga rakan internet
  • Saudara Amirul yang banyak berahsia (dah takde rahsia dah…hehehe)
  • Saudara Zhafran yang merekabentuk website PerisianPercuma versi terkini
  • Saudara Irfan (bakal Irfan Khairi?) untuk design logo percuma.net

Lain-lain rakan yang saya tidak senaraikan di sini. Maaf bukan tak ingat, tapi banyak sangat pulak :)
Tanpa rakan-rakan sekalian, saya mungkin tidak akan sampai ke tahap ini.Saya tidak katakan saya bangga dengan pencapaian saya tetapi adalah lebih baik dari saya membazir masa lebih 10 jam sehari mengadap komputer tanpa berbuat apa-apa.Saya juga masih perlu belajar banyak perkara dan saya harap mendapat bimbingan dari anda sekalian.Doakan kejayaan saya yang akan mendatang.

Amin.

p/s: tawaran istimewa sistemRahsia masih berjalan…. [Klik Di Sini] Untuk keterangan lanjut

Jangan klik

Azahari Waid