Biasanya kalau kita surfing blog atau website dan setiap kali mouse kita lalu pada link, akan ada link dipaparkan pada “status” browser yang digunakan. Baru-baru ni saya ada mengunjungi blog saudara Wizurai. Tertarik saya kepada blog tersebut kerana bila saya mouseover pada link di blog tersebut, ianya tidak ditunjukkan. Tak macam blog lain yang saya kunjungi. Saya pun bertanya kepada owner blog tersebut dan jawapannya adalah dengan meletakkan javascript pada header themes. Ok di sini saya kongsikan code yang saya dapati dari saudara Wizurai :-

<SCRIPT>

<!–
function hidestatus(){
window.status=”
return true
}
if (document.layers)
document.captureEvents(Event.MOUSEOVER | Event.MOUSEOUT)
document.onmouseover=hidestatus
document.onmouseout=hidestatus

//–>
</SCRIPT>

selepas letakkan code tersebut pada file header.php, anda cuma perlu reload untuk melihat kesannya. Kali ni siapa nak tengok link dah tak nampak kecuali klik pada link tersebut. Terima kasih sekali lagi kepada saudara Wizurai kerana sudi berkongsi teknik tersebut.

Selamat mencuba ! :)