Oleh kerana saya bukan mahir dalam bidang Agama, maka saya petik artikel ini dari website kegemaran saya Ustaz Zaharuddin.net. Artikel ini bukan artikel baru tetapi saya rasa ianya masih relevant dengan keadaan sekarang. Berikut adalah petikan artikel tersebut :-

Biarpun kini banyak urusan perniagaan lebih cenderung dilakukan menerusi internet sama ada untuk membuat pelaburan atau promosi kerana ia lebih menjimatkan dan memudahkan, namun secara umumnya perniagaan internet ini adalah harus, tetapi sebagaimana biasa ia mesti memenuhi beberapa syarat untuk perlu dipatuhi bagi kebaikan kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli. Pertama, dalam syarat jual beli mesti ada penjual, pembeli, lafaz kontrak atau akad, ‘sighah’ (isi kontrak) dan aset (benda yang hendak dijual). Kelima-lima syarat-syarat ini mesti dipatuhi terlebih dahulu.

Keduanya, penjual mestilah memiliki barang tersebut ataupun mampu untuk mewujudkan barang tersebut yang hendak di jual contohnya tukang kasut walaupun kasut itu tidak wujud lagi hanya berpandukan gambar atau katalog, namun sekiranya dia boleh menghasilkan kasut, itu sudah dikira boleh dalam sudut syariah. Penjual juga mestilah orang yang telah baligh ( tidak semestinya Islam), cukup umur, barang-barang yang hendak dijual mestilah barang-barang yang halal yang bukan bersifat lucah, arak, atau perjudian.

Syarat yang seterusnya ialah akad, iaitu akad boleh dibuat melalui internet dengan menggunakan borang pesanan yang jelas menyebut perincian barangan bagi mengelakkan ‘jahalah’ dan ‘gharar’; Cuma ‘tick’ pada item yang ingin dibeli dan hantar, itu sudah dikira akad dan diterima dalam syariah.

Seterusnya ialah sighah iaitu setiap maklumat yang terkandung dalam isi kontrak telah lengkap dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Selain itu, perkara lain yang perlu dijaga ialah sah atau tidak sah sesuatu pelaburan itu bergantung kepada cara bayaran iaitu cara bayaran yang dibuat secara ansuran atau cash yang menggunakan kad kredit. Sekiranya menggunakan kad kreadit mestilah kad kredit Islam dan bagi mereka yang menggunakan kad kredit konvensional, maka wajib menyelesaikan hutang kepada pengelaur kad itu dalam tempoh yang dibenarkan agar tidak dikenakan faedah. Jika tidak, pembelian yang dibuat itu telah melibatkan riba dan ianya haram.

“Selain itu, kalau barang yang hendak dibeli tergolong dalam kategori (emas, perak dan matawang) ia tertakluk kepada syarat ‘on the spot’. Menurut empat mazhab dan juga Kesatuan Fiqh Sedunia (OIC international Fiqh Academy) telah berbincang dan keputusannya ialah jika beli rantai emas atau cincin emas maka ia terikat dengan syarat penyerahan bayaran dan penerimaan barang secara ‘on the spot’, jika tidak ia adalah riba. Hasilnya pembelian emas dan perak melalui internet adalah tidak harus kerana kelewatan penjual menyerahkan emas kepada pembeli. Demikian juga pembelian emas yang dibayar secara ansuran. ” ujarnya.

Ini merupakan sebahagian dari artikel penuh yang saya petik dari website Ustaz Zaharuddin.net. Sekiranya ingin membaca lebih lanjut, sila klik di sini.

Ingin menjalankan perniagaan internet? E-book ini boleh membantu anda. Klik di sini

p/s: Saya harap anda dapat bezakan antara pelaburan internet dan perniagaan internet.