Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Sudah agak lama saya tidak update blog ini. Maafkan saya kerana terleka dan sedar tidak sedar kita sudahpun melangkah ke tahun 2008. Sebenarnya pada pertengahan bulan Disember 2007, saya telah membeli notebook idaman saya iaitu MacBook dari Apple. Ini adalah pertama kali saya mempunyai notebook sendiri dan saya berharap tahun baru ini akan memberi semangat baru kepada saya dan perniagaan internet. Saya terpaksa mengambil masa agak lama untuk menyesuaikan diri setelah menggunakan Windows buat sekian lamanya.Banyak juga perisian terutama “utilities” perlu saya cari untuk disesuaikan dengan sistem operasi yang baru ini. Walaubagaimanapun saya ucapkan terima kasih kepada saudara Alang kerana memberi saya senarai perisian yang boleh saya gunakan untuk notebook saya ini. Mungkin di lain masa saya akan memberi senarai perisian yang saya gunakan pada MacBook saya ini.

Apa yang paling saya gemari tentang Apple adalah dari segi Sistem Operasi yang mana ianya berteraskan “Unix”. Jadi, saya tidak perlu risau langsung sangat tentang ancaman virus walaupun saya telah beberapa kali memuat turun file virus tersebut samada dari website mahupun email. Inilah ciri sistem operasi yang saya idamkan selama ini. Walaupun ada juga ancaman “trojan” untuk Mac @ Apple ini, tetapi ianya adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan Windows.
Untuk tahun 2008, saya berazam untuk mempunyai beberapa produk sendiri seperti ebook, menambah produk yang sedia ada seperti di PerisianPercuma.com, produk MRR dan meningkatkan pendapatan dari internet sekurang-kurangnya 2 kali ganda dari sekarang. Saya akan cuba mempromosi dengan lebih berani dan berhati-hati serta menumpukan lebih masa kepada promosi secara berterusan.
Nak berkongsi Azam baru dengan saya? Silalah tinggalkan komen di ruangan ini ye…
5 Responses
Wan Abdul Aziz
January 2nd, 2008 at 9:39 pm
1A’kum.. oo tahniah la pada sdr sebab dah dapat yg diidamkan, kalau begitu masa saya order produk hari tu sdr guna laptop baru lah ye
baru.. apa pun saya harap sdr akan lebih berjaya lagi dan dpt menunaikan azam tahun lepas (kalau ada yg tertinggal
), betul tu kalau ada produk sendiri baru ummph! saya nantikan kemunculan produk sdr.. tak lupa terima kasih atas perkhidmatan dan pertolongan yg telah diberikan kpd saya tempohari.. juga kiriman cd tu:)
“Membaca Jambatan Ilmu”
Azahari
January 3rd, 2008 at 2:41 pm
2W’salam…
hehehe…. masa saudara membeli ebook dari saya tu, saya masih terkial-kial lagi untuk menggunakan Mac OS ni… sekarang ni pun saya masih pakai PC lagi sebab ada perisian yang saya ingin cuba install dalam PC.Walaupun Mac OS saya ni boleh install Windows, tapi terasa sayang pulak hard disk saya ni untuk digunakan oleh Windows….hehehe
starline
January 5th, 2008 at 12:48 pm
3Tahniah buat saudara kerana berjaya dapat apa yang dihajati.Azam saya tahun ni graduate untuk ijazah sarjana muda sains komputer di UM.Kedua,tingkatkan jualan ebook komputer.Ketiga nak daftar bisnes sendiri.Boleh ke?InsyaAllah
melayubuntu
January 20th, 2008 at 3:11 pm
4wah..macbook..tahniah!
encik mohd azhar
February 26th, 2008 at 2:16 am
5salam…
saya baru pertama kali layari blog ni…ingin berkongsi komentar..dan mana-mana kakitangan kerajaan,pdrm,badan berkanun,usm…dan lain-lain yang masih tercari-cari skim pinjaman peribadi mudah,cepat dan tentunya berkat..boleh hubungi saya di talian 013-9431833…maxis,012-9493643…atau 019-9412082..
kami menjalankan perniagaan pinjaman koperasi kokawam melalui potongan biro angkasa…
sesiapa yang berminat untukmenjadi agen kami,boleh hubungi encik syam(019-9412082)saya,azhar(013-9431833).-pendapatan lumayan-
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply
Categories
Archives
Links
Meta
Recent Entries
Recent Comments
Most Commented
Blog Percuma.net is proudly powered by WordPress - BloggingPro theme by: DesignDisease