Jangan berasa pelik dengan tajuk artikel ini. Sebenarnya ianya adalah peringatan untuk saya juga. Baru-baru ini saya telah cuba untuk renew salah satu domain saya. Untuk tujuan tersebut, saya bercadang hendak memindahkan nama domain tersebut kepada namecheap.com kerana lebih mudah untuk saya mengawal semua domain yang saya ada.

Oleh sebab kesibukan, saya telah lewat meminta kod transfer untuk domain tersebut kononnya untuk dipindahkan. Saya juga telah top-up wang di dalam namecheap yang saya ambil dari paypal untuk tujuan pembayaran perpindahan itu nanti. Malangnya saya telah terlewat beberapa hari untuk membuat perpindahan tersebut. Saya telah dimaklumkan melalui mesej berikut :-

xxxxxx.com cannot be transferred
This domain has expired or expires within 7 days

Apa boleh buat, saya telah terlewat untuk membuat perpindahan domain. Sebenarnya tidaklah berapa rugi sangat pada saya, cuma saya perlu renew hanya dari penjual nama domain itu sekarang dan selepas itu barulah saya boleh memindahkan nama domain tersebut kepada pembekal yang lain.

Jadi jika anda ada domain yang hendak dipindahkan saya cadangkan anda melakukannya sebelum ianya masuk ke tarikh keramat iaitu 7 hari tersebut. Jangan pula tunggu domain tersebut expired baru nak renew…nanti dikebas orang pulak ! :)