Saya sebenarnya tidak pasti apa kaitan khusus antara pilihanraya dan juga perniagaan. Apa yang saya perhatikan beberapa minggu lepas perniagaan internet saya bertambah hampir sekali ganda dari biasa. Saya tidak pasti adakah kerana ramai yang melayari internet ketika demam pilihanraya ke 12 ini ? Semalam 23 Februari 2008 saya pergi ke Plaza Low Yat untuk membeli stok untuk CD Perisian Percuma yang saya jual. Dah lama juga tak membeli CD label yang dah nak habis. Jika sebelum ni saya cuma membeli kira-kira 50 keping CD label, tapi kali ini saya membeli 500 keping pula.  Untung juga membeli dalam kuantiti yang banyak sebab saya memang jimat banyak.

Setelah membuat survey beberapa kedai dan membandingkan harga, saya dapat harga yang saya kehendaki. Tak sangka ada juga kedai yang sanggup menjual lebih dari 3 kali ganda dari kedai yang saya beli tu. Memang betul kata orang kalau membeli tu biarlah bijak. Rasanya kalau saya nak jual balik CD label tu pun boleh sebab saya dapat harga yang murah ..hehe…

Sebenarnya saya memang tidak menyangka jualan meningkat pula di waktu orang ramai sedang sibuk dengan pilihanraya. Saya akan pulang ke kampung di Perak untuk mengundi. Jadi saya akan buat beberapa salinan CD untuk perniagaan internet saya. Jadi kepada yang memesan CD Perisian Percuma, tidak perlu menunggu lama kerana saya akan berusaha menghantar CD tersebut secepat mungkin walaupun pada hari pilihanraya.

Selamat mengundi !