Saya juga terkena tempias PayPal yang disebut-sebut orang. Kali ini giliran saya pula menghadap PayPal bagi memberi penjelasan agar fund di dalam PayPal selamat dikeluarkan. Sebelum ini saya pun terfikir juga hendak keluarkan fund PayPal ni. Walaupun tak lah sampai USD 200 pun, tapi bila dah jadi macam ni rasa serik pulak. PayPal minta saya berikan bil utiliti dan saya telahpun attach bil celcom broadband saya.
Tak cukup dengan itu, saya diuji lagi hari ni apabila salah satu hosting saya dari Malaysia tidak dapat dicapai. Saya memang selalu memeriksa samada website saya boleh digunakan atau tidak. Pagi tadi ok tapi lewat pagi tadi sehingga waktu saya menulis ni pun masih belum pulih lagi. Saya juga telah membeli beberapa iklan berbayar di waktu ini dan saya memang harapkan pulangan modal saya. Nasib baik saya telah menyediakan website “backup” dan saya terus pindahkan link tersebut pada website backup saya.
Kepada anda yang membeli iklan berbayar macam saya, eloklah kalau anda menggunakan khidmat www.clickaudit.com di mana anda boleh tukarkan link website anda yang telah down tersebut dengan alamat web backup (itu pun kalau ada backup). Di waktu genting seperti ini amat penting terutama bagi anda yang membeli iklan berbayar.
Sebenarnya sudah beberapa kali juga saya memikirkan untuk memindahkan web hosting dari Malaysia ini. Tapi memandangkan banyak pengunjung saya juga dari Malaysia, saya agak keberatan untuk memindahkannya. Nampaknya dengan cubaan yang sudah beberapa kali seperti ini, amat menguji saya dan saya akan fikirkan secara serius pemindahakan web dan blog saya tersebut. Nampaknya kali ini dah tak boleh tahan!
Kalau web host dari luar negara terutama dari US memang saya ukui agak lemah sedikit dari segi capaian dari Malaysia, tetapi talian dan muat turun agak stabil dan tidak seperti server di Malaysia. Saya juga sering mendapat kesulitan apabila upload dan download file walaupun web host dari Malaysia. Mungkin itu juga kelemahan web hosting oversell seperti ini. Saya akan berhati-hati selepas ini supaya perkara ini tidak berulang.
Ada yang dah kena macam saya? hehe…. citer la sikit pengalaman korang pulak !
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply