Team JomSeminar.com saudara Syed Ikhwan, Yusry dan Fuad telah melancarkan satu lagi produk berkualiti dari team JomSeminar.com. Setelah menganjurkan seminar yang berjaya beberapa bulan lepas, kini terbit sebuah Video DVD yang bukan hanya dikhaskan untuk peserta Seminar sahaja tetapi dibuka kepada orang ramai. Apa yang menariknya video ini kerana ianya diterangkan dengan santai oleh Team JomSeminar.
Saya sendiri telah banyak belajar dari video usahawan ini walaupun sudah hampir 2 tahun juga saya melibatkan diri di dalam perniagaan internet ini. DVD Video usahawan ini amat sesuai bagi yang ingin belajar tentang perniagaan internet sebenar.

Antara yang anda boleh pelajari dari video ini adalah :-
Komponen #1 Pengenalan
Topik ini mendedahkan kepada anda bagaimana sistem pakej DVD Video Usahawan digunakan agar anda lebih mudah faham, jelas dan bersedia untuk bertindak segera mengikut setiap panduan yang dikongsi bersama.
Komponen #2 Persediaan
Tahukah anda lebih 95% usahawan internet di dunia gagal menjana sebarang pendapatan yang stabil dan menguntungkan? Apakah kesilapan besar mereka dan bagaimana untuk anda menyertai sebahagian kecil 5% usahawan internet yang hebat dan berjaya?
Komponen #3 Buat Duit Internet
Seperti anda, semua usahawan internet mengimpikan pendapatan pasif lumayan melalui internet.
Namun, awas! Internet juga menawarkan pelbagai program membuat duit yang dipenuhi perangkap berduri. Elakkan diri anda daripada program scam.
Komponen #4 Pasaran & Pemasaran
Sama ada anda menjual produk sendiri, menjana pendapatan daripada komisen produk orang lain atau makan duit daripada iklan, strategi pemasaran yang betul dan berkesan adalah penting.
Komponen #5 Trafik
Laman web atau usaha promosi anda tidak akan berhasil tanpa ada trafik atau pelawat yang boleh memberikan anda duit atau sumber pendapatan di internet. Topik ini akan membongkar apakah formula terbaik serta efektif untuk menarik trafik yang menjamin keuntungan
Komponen #6 Hartanah Maya (VRE)
Internet juga merupakan salah satu tempat untuk anda mengumpul aset penting seperti VRE (Virtual Real Estate). Seperti hartanah sebenar; kos milikan dan selenggara VRE amat rendah (adakalanya percuma), mudah dan pantas untuk anda mendapatkan pulangan yang berganda dan lumayan.
Komponen #7 Jualan
Anda berminat untuk menjual produk atau servis dan mendapat keuntungan dengan mudah?
Bagaimana anda boleh menjual secara efektif di internet terutama untuk pasaran Malaysia?
Komponen #8 CRM
Apakah itu CRM dan mengapa anda sebagai usahawan internet yang bijak perlu memandang serius dengan CRM untuk memastikan kepuasan dan kepercayaan pelanggan di tahap tertinggi. Dengan memahami CRM juga, anda dapat membuat untung berganda-ganda daripada setiap pelanggan anda.
Mana satu pilihan anda? Membuat untung sebanyak RM100 sahaja atau RM1,000 daripada setiap pelanggan?
Komponen #9 SEO (Search Engine Optimization)
Anda perlu lakukan promosi agar banyak trafik akan terus berkunjung ke laman web anda. Tanpa trafik, maka tiada peluang untuk anda untuk menjana pendapatan di internet walau sesen. Anda mempunyai modal yang tidak terhad? Kaedah promosi berbayar terbukti berkesan untuk menjana trafik yang berkualiti tinggi. Namun, ada satu cara lagi yang percuma serta berkualiti - trafik organik yang datang daripada enjin carian.
Lebih 90% pengguna internet mencari info atau laman web menggunakan enjin carian. Maka, jika anda mengabaikan kaedah ini, samalah seperti anda mengabaikan 90% duit yang boleh anda jana melalui internet. Bagaimana untuk mendapat trafik organik? Sudah pasti dengan mendapat ranking tinggi dalam hasil carian untuk laman web anda.
Harga Diskaun yang ditawarkan pada web tersebut akan tamat selepas 100 unit DVD Video Usahawan dihabiskan atau sebelum pukul 12.00 tengah malam pada hari Rabu, 10hb September 2008. Saya diberitahu buat masa ini cuma tinggal 62 sahaja walaupun baru lagi dilancarkan.
Nasihat saya dapatkan segera sebelum harga dinaikkan. Klik Di Sini untuk tempahan
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply