Pada masa saya menulis artikel ini sudah hampir ke penghujung bulan Januari 2009. Banyak kali saya telah tangguh untuk menulis sehinggalah sekarang baru ada masa sikit. Pada 31 Disember 2008 lepas saya telah membeli iPhone 3G. Saya telah mendapatkannya di forum lowyat.net dari seorang pembekal. Memang susah untuk membeli iPhone dari Malaysia kerana hingga sekarang ini pun ianya masih belum dijual secara sah.

Saya cuma bayar RM50 untuk deposit sahaja sementara bakinya saya bayar waktu COD di KLCC. Saya agak terkejut kerana mendapat produk tersebut amat cepat. Saya telah membayar deposit pada pagi tersebut dan dapat pada pukul 3.00 pm. Memang berbaloi juga membeli di forum kerana saya mendapat produk dalam keadaan kotak tersebut masih belum dibuka.

Saya telah membeli iPhone 3G stok dari Singapura kerana ianya adalah unlocked version dan tidak ada masalah apabila saya upgrade kepada firmware terkini. Setakat ini saya telah berjaya update kepada versi 2.2 dan tanpa masalah. Sekiranya anda ingin membeli iPhone, pastikan ianya dari negara yang memang unlocked version seperti Singapura.

iphone-3g-2009

Menggunakan iPhone 3G memang agak berlainan dari telefon yang pernah saya gunakan sebelum ini. Antara fungsi menarik adalah :-

  • touch screen phone
  • menggunakan mac OS
  • fungsi iPod
  • fungi GPS dengan Google Map
  • Wifi
  • 16 GB Shared Storage
  • Skrin penuh untuk web browsing
  • pelbagai funsgi aplikasi menarik

Walaupun begitu, terdapat beberapa perkara yang saya kurang gemar dengan iPhone 3G tanpa ubahsuai antaranya :-

  • Tidak boleh forward sms
  • Tidak boleh MMS
  • Tidak boleh transfer file melalui Bluetooh (walaupun ada fungsi tersebut)
  • Kamera tiada flash
  • Tidak boleh merakam video

Jika anda berminat untuk membeli barang di internet seperti saya, ini adalah langkah awal yang saya lakukan dari mengelakkan penipuan

  • Periksa dahulu feedback dari pelanggan lain atau transaksi penjual tersebut
  • Pastikan dahulu harga yang diiklankan adalah harga semasa dan bukan harga terlalu murah atau terlalu mahal
  • Jika barangan tersebut agak mahal melebihi RM1000, pastikan anda hanya membuat deposit pendahuluan dan bayar selebihnya apabila anda mendapat barang tersebut.
  • Periksa produk tersebut sama seperti diiklankan di internet