Artikel ini begitu menaikkan motivasi saya… tambah pulak masa rasa malas sangat…
saya kongsikan di sini agar saya sendiri memotivasikan diri saya. Artikel ini bukan ditulis oleh saya tetapi oleh
Dr. Irfan Khairi Usahawan Internet yang berjaya. Berikut tulisan beliau :-

Mengapa hanya terdapat 2% sahaja mereka yang berpendapatan tertinggi sahaja dalam industri masing-masing?

Jawapan: Kerana mereka yang top 2% ini sanggup melakukan perkara-perkara yang susah manakala selebihnya 98% hanya suka melakukan perkara-perkara yang mudah sahaja.

Sebagai contoh, usahawan-usahawan top 2% yang berjaya sanggup melakukan perkara-perkara yang dikira susah seperti melakukan promosi setiap hari, sering mencari contacts dan membuat network yang penting setiap minggu, dan melakukan perancangan dan strategi yang produktif perniagaan baru setiap bulan.

Manakala mereka yang bottom 98% pula hanya suka melakukan perkara-perkara mudah seperti tidak melakukan promosi, tidak menghadiri majlis-majlis network kerana tiada masa, dan hanya menjalankan strategi yang sama dalam perniagaan seperti 2-3 tahun yang lepas (tidak ubah).

Bagi mereka yang top 2%, kerja-kerja tersebut memang susah. Tetapi mereka lakukan juga.

Bagi mereka yang bottom 98%, mereka tak sanggup melakukannya.

Apa kata lepas ni, kita senaraikan perkara-perkara yang susah yang sebelum ini kita sering abaikan. Dan, kemudian… lakukannya juga!

Kredit – Link Asal Artikel Klik Di Sini

Iklan
DIPERLUKAN SEGERA: Rakyat Malaysia Yang Ingin Menjana Pendapatan Tambahan RM800 – RM3,500 Setiap Bulan, Bekerja Cuma Satu Jam Sehari Dari Rumah Dengan Hanya Menggunakan Laptop! Klik Di Sini