Jangan tiru aksi ini di rumah anda ! Segala kemusnahan/kehilangan data atau perisian di dalam iPhone anda adalah tanggungan sendiri. Jangan cuba jika anda tidak pasti !!

Beberapa hari lepas saya telah berjaya Jailbreak iPhone 3G saya kepada sistem operasi terkini iaitu 3.0. Sebenarnya memang banyak panduan yang anda boleh dapatkan dari datuk Google tapi saya lebih suka menggunakan website berikut untuk melakukannya iaitu di www.iclarified.com

Saya juga telah berjaya jailbreak iPhone 3G saya sebelum ini dengan menggunakan sumber yang sama. Kali ini saya mencuba pula dengan versi terkini setelah beberapa lama OS terkini ini ada di pasaran. Untuk iPhone saya kali ini saya menggunakan link berikut untuk melakukan jailbreak iaitu di sini. Banyak juga artikel yang saya baca mengatakan untuk jailbreak ni tidak boleh menggunakan iTunes versi 8.2 (tapi saya baru je lepas update !) Kali ini saya cuba juga untuk jailbreak, manalah tau kot boleh…

Apabila sudah sampai “Step Ten” dalam artikel tersebut, iPhone saya pun kaku “hang” dan tiada apa-apa perubahan pada skrin. Saya amat panik dan menunggu beberapa minit dan kemudian saya mengambil jalan pintas dengan mencabut cable USB yang disambung kepada MacBook saya. Selepas beberapa saat kemudian saya cucuk kembali ke port USB tersebut dan mujurlah ianya terus sambung ke step seterusnya. Fuh ! nasib baik boleh sambung…

Selepas mengikuti step sampai habis, saya pun dah berjaya jailbreak tapi kegembiraan tak sampai beberapa lama sebab iPhone saya sekarang dah tak dapat kesan talian telefon ! Rupanya saya tertinggal satu step terakhir iaitu menggunakan UltraSn0w. Saya pun terus memasangnya dengan menggunakan panduan di sini.

install-ultrasn0w-06

Untuk memasang perisian ini terutama UltraSn0w ini adalah amat penting untuk anda ada connection kepada WiFi. Walaupun mungkin ada beberapa cara lain yang mungkin boleh dilakukan, tapi dengan WiFi saya memasangnya dengan cepat. Sekiranya anda menggunakan MacBook (notebook lain pun boleh jugak) , anda boleh kongsikan WiFi anda kepada iPhone sekiranya anda tidak ada WiFi station di rumah.

Sebenarnya saya rasa risau juga kalau tak jadi, maklumlah saya ni bukan expert dan saya pun sekadar mencuba-cuba saja. Bagi sesiapa yang dah expert tu boleh juga buat modal untuk servis jailbreak iPhone ni. Betullah orang cakap hanya dengan ilmu saja senang nak buat duit. Takde harta pun boleh buat duit kalau tau caranya :)